You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for July, 2011.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for July, 2011


Ucapan Selamat Berpuasa

ecard ramadhan Selamat Berpuasa | Mummycute.com

Salam semua sedar tak sedar esok dah nak puasa kan…..selamat menjalani ibadah puasa…..baik muslimin&  muslimah…sambutlah bulan ramadhan ini dengan penuh iman dan takwa dalam diri…bersederhanalah dalam semua perkara elakkan pembaziran di bulan ini…………  Semoga Ramadhan kali  ini memberi seribu kerahmatan dan keinsafan kepada kita semua…Amin…..


Anak Ketam Belajar Berjalan,
Matanya Tanggal Digigit Lipan,
Selamat Datang Bulan Ramadhan,
Selamat Tinggal Hantu dan Setan…Salam Ramadhan al-Mubarak…






Salam semua…..bulan ramadan bakal menjelma dan beberapa hari lagi nak puasa..Abang dah lima tahun….ingat tahun ni nak ajar abang puasa tahun lepas dier berpuasa separuh hari  jer tu pun puasa x minum susu jer….banyak gak Cara nak mengajarkan anak puasa ni  yek mummy duk membaca semalam…. 

Abang uwais & adik belajar  baca niat puasa & berbuka  versi upin ipin …dierang suka sangat tengok video ni berulang kali duk tengok jer…..bagus gak Upin Ipin ni….Ini adalah salah satu cara terbaik mengajar anak-anak membaca niat berpuasa dan berbuka…video ni  bukan untuk kanak2 jek untuk kita pun boleh gak kan yang agak2 lupa niat berpuasa Ramadhan al maklumla setahun sekali.

Video niat puasa di bulan ramadhan

Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Video niat buka puasa Upin Ipin di bulan ramadhan

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA RAMADHAN
Dari Mummycute.com



Tips Memilih Buah Kurma

5980463968 893d55c489 Tips Memilih Buah Kurma

Kurma merupakan buah yang paling popular dikalangan umat islam dinegara kita  terutamanya apabila menjelang Ramadhan. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang tiada bandingan…oleh itu kita disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma… Biarpun sekadar dua atau tiga biji, kehadirannya di celah pelbagai juadah, membawa keberkatan yang bukan sedikit kerana kurma turut menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk berbuka.

Buah kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

KEINDAHAN Ramadan seolah-olah tidak lengkap tanpa buah tamar atau kurma sebagai hidangan wajib berbuka puasa. Tidak hairanlah, di mana-mana saja – baik di pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kurma adalah jualan wajib yang pasti mendapat sambutan sempena ramadhan. Namun, tidak semua kurma yang dijual  di pasar2  berkualiti . Bagaimana kita tahu, mana kurma yang baik, dan mana yang kurang baik? Berikut adalah  tips memilih buah kurma yang baik:

  • Pilih kurma yang kulit luarnya kering dan isinya tebal.
  • Pilih kurma yang tua atau matang , tanda buah kurma a yang matang, isinya mudah dilepaskan dari bijinya.
  • Pilih kurma yang  bertekstur buahnya lunak namun ranum, seperti tekstur manisan buah basah.
  • Selaput buah kurma luarnya atau kulit  tidak rosak. Tidak meleket leket apabila dipegang…itu tandanya kurma tersebut terlebih kandungan gula atau madu…
  • Pilih kurma yang Warnanya  coklat-merah-kekuningan.
  • Bentuk buah kurma  besar, bukan kecil-kecil.
  • Buah kurma dibungkus dengan kemas dan baik. bukan dalam longgokan kerana ianya terdedah kepada debu-debu, pasir yang menjejaskan kualiti buah kurma.
pixel Tips Memilih Buah Kurma