You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for July, 2011.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for July, 2011

Wordless wednesday   “kl art gallery”

wordless wednesday Wordless Wednesday

mummy cakap jangan ikut daddy…nak ikut gak …..kan dah penat……

Tips  Ramadhan 2011  | Persediaan diri untuk berpuasa dibulan ramadhan.

  • Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Pastikan pembuangan air besar lawas.
  • Memahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadhan, sunat tarawih dan lain-lain lagi  dengan memperbanyakkan bacaan tentang puasa dan ramadhan,
  • Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada ulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan rukuk dan sujud.
  • Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh, maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri di bulan ramadhan.
  • Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran di bulan ramadhan yang bakal menjelang.
  • Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.
  • Oleh itu, dengan persediaan ini kita sematkan azam masing-masing untuk mencantikkan dan sempurnakan amalan fardu yang wajib dan membanyakkan amalan sunat didalam bulan Ramadhan 2011.

Insyaallah……

Trend warna terkini | Koleksi warna putih yang menawan.

koleksi warna putih Trend warna terkini 2011 | Koleksi warna putih bersih

Sekarang ni tema warna putih memang menjadi pilihan hati…warna putih nampak cam sedap jer mata memandang nampak bersih btl  tak ?  walaupun sekali terkena calitan sambal biler makan biler anak meragam &  mengamuk sekali sekala kena tapakan kasut mereka tapi dalam hati ni tetap jugak suka warna putih hehe….berangan tak kisah kan….

walaupun daddy akan bising mummy pakai baju putih kerana jap2 tanyer kat blkang kotor ke tak ? comot ke tak? ….sambil daddy melaser  ”tu la orang cakap dier sesuai pakai baju gelap2 jer tak yah pakai warna cerah anak kecik lagik”…walaupun pada hakikatnyer anak kecik tu dah 2 tahun 3 bulan dah…besar dah mood nak bergaya dengan padanan warna putih masih lagi menebal…..

Warna putih memang nampak  cantik.  Warna Putih  masih lagi menjadi pilihan   tak ada duanya hehe…. biler pakai warna putih secara otomatik  nampak  bersih, bercahaya, dan rapi. Tapi kita perlu pandai menggayakan rona putih ni  jangan semuanya warna putih nanti nampak pucat pulakkan.

Jika kita  pandai gayakan warna putih dengan kombinasi warna 2 lain misalnya warna-warna cerah sebagai pemanis misalnya warna merah atau biru dan banyak lagi warna yang lainnya kerana warna putih sesuai digabungkan dengan semua jenis warna…kan….. supaya ia menampakkan kita tampil menarik….jadi pakailah warna putih jomm…..

pixel Trend warna terkini 2011 | Koleksi warna putih bersih