Archive for August, 2011
Tip keselamatan Jalan Raya.
Sempena Musim Hari Raya dan ramai yang pulang kekampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri mummy nak kongsikan Tip keselamatan Jalan Raya…… jom kita sama-sama praktikkan….
- Rancanglah perjalanan kiterlebih dahulu. Jika kita letih, mengantuk, tidak fokus, tangguhkan perjalanan seketika…
- Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
- Sentiasa mematuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
- Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
- Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
Tip mengahayati Syawal
- Mengahayati amalan puasa bulan Ramadhan
- Menghayati maksud kemenangan bagi orang yang berpuasa dan menginsafi fakir miskin.
- Bermaafan dengan penuh keikhlasan serta memulakan hidup baru dengan jiwa yang suci dan bersih.
- Jadikan Syawal sbg bulan yg diingati dgn menghayatinya sbg bln kemenangan dgn membuat perkara yang meggembirakan spt mengunjungi rakan dan sanak saudara.
- Anggap seolah Syawal itu adalah yang terakhir dan gunakan kesempatan utuk bermaafan dan bertemu sanak saudara.
- Mengubah sikap yang tidak baik kpd yang lbh baik krn kita sudah berjaya melepasi bulan Ramadhan.Teruskan amalan baik di bulan Ramadhan.
- Memahami maksud takbir yang sebenarnya iaitu memperbesarkan Allah dan ambil kesemapatan menjadi hamba yang baik.
- Memahami konsep zakat sepenuhnya dan jangan jadikan zakat hanya sebagai amalan di hari raya semata-mata.
Setiap tahun Menjelang Raya….macam2 trend fesyen pakaian dan aksesori akan muncul tak kira lelaki atau pompuan ia termasuklah Tudung, kerongsang, samping, dan macam2 lagik..
Kalau pergi Masjid India macam2 nama fesyen ader tudung siti, selendang mak datin la tak caya try pi Masjid India hehe….nak pergi Masjid India time2 ni memang sesak giler mau pengsan hehe…Tapi orang ramai tetap akan menjelajah di Masjid India untuk mendapatkan koleksi pakaian disini macam2 ada bukan saja pakaian semua ada…… kecuali mak pak jah yang tak dak bak kata sorang member mummy ni…..
Pada kebiasaannya fesyen Raya biasanya mengikut fesyen selebriti misalnya kalau pergi Ariani nak beli tudung mesti ramai yang tanyer tudung wardina pakai ader lagik tak saya nak macam tu….n blabla….bukan sajer tudung baju n kasut pun sama….
Tahun ni menurut Pereka Fesyen Terkenal Salikin Sidek tahun ini menyaksikan warna-warna seperti hitam putih dan kelabu menjadi pilihan ….
Baju kurung moden, baju kurung pesak gantung dan kebaya labuh menjadi pilihan untuk penggayaan terkini sememangnya menarik, Kaftan dan Dress pun tak kurang hebat untuk Pilihan Hari raya tahun ni….macam2 potongan ader untuk budak2 kecik pun ader meriah gitukan…
Cantik betul baju Sentuhan rizalman memang kreatif tahap gaban betul….siap ader reben2 dan renda simple tapi memang sangat menawan beraper la reganyer ek cam nak jer tapi dah tentu2 tak mampu…nengok jerler….rizalmanibrahim
Kaftan dan Dress huish menarik betul …. yang coklat tu comei jer….jom pilih2 kat sini baju raya dari radzuanradziwill
Baju Melayu bercorak kotak dan jalur menjadi trend terkini 2011 tetapi ader juga yang meminati warna terang seperti merah, biru, hijau, jingga, dll..apepun pilihan baju raya….yang penting kita Beraya….daaaaaa
