You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for August, 2011.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for August, 2011

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Hari raya Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari raya Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:

  • Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
  • Pada malam Lailatul Qadar  Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
  • Pada malam Lailatul Qadar  juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
  • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
  • Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.”

Pada malam  Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

Produk kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream mengandungi racun

KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan hydroquinone. “Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

pixel Produk kosmetik Derma Rx Arbutin R Cream mengandungi racun