You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for December, 2011.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for December, 2011

Ucapan Selamat  tahun baru 2012 dari Mummycute.comselamat tahun baru 2012 Ucapan Selamat  tahun baru 2012 dari Mummycute.com

kad Ucapan Selamat  tahun baru 2012 dari Mummycute.com

Diam tak diam dah nak masuk tahun Baru  2012….banyak kenangan terindah tahun 2011 ni…. ader suka dan duka….Azam 2012 aper ek….malam ni kena buat check list hehe….Azam 2011 banyak jugakla yang tercapai tapi ader gak yang nak continue 2012 lak hehe….Tahun Baru 2012 ni banyak benda nak kena uruskan termasuklah Sekolah Abang… puas gak memilih tak tau yang maner satu nak pilih huhu….

Azam tahun ni  kalo boleh macam-macam nak buat untuk anak-anak mummy ni….nak lebihkan masa untuk Uwais & Qaysara tak luper Untuk Mr Daddy…Kerja pulak aper ek….nak lebih rajin n lebih fokus memandangkan banyak benda nak kener handle tahun 2012 ni pening gak ni….Untuk blog pulak tahun 2012 ni yang pasti nak tuko header kerjanyer mudah asyik menangguh jer nak kemaskan lagik blog nih….tu jerla….dalam kepala skang….hehe

Apepun Selamat Bercuti dan Selamat tahun Baru 2012..

6601085949 af89e87103 mykad baru | ciri ciri mykad baru

mykad baru | ciri-ciri mykad baru 

Wah Mykad baru dah nak kuar….memang sesuai sangatla…memandangkan Mykad mummy ni memang buruk benor dah rupernyer sejak mula mykad 1st kluar lagik mummy la diantara orang yang memula pi buat time tu sampai skang…. dah ruper aper dah sopak saner sini…tiap kali gi bank cam segan jek nak tunjuk siap org bank senyum2 siap tanyer my kad tenggelam dik banjir ker….huhu teruk tul….tapi cipnyer ok jer jadik  memang malas nak gi tukar…nak beratur bagaikan…tapi kali ni memang kena tukar…nak bergambar cantik2 sikit hehe…orang kater nak nengok orant tu lawa ke tak lawa tengok gambar Kat Mykad…betul ke? .hehe

Info MyKad baru 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru 2012  yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

ciri-ciri mykad baru

  • MyKad baru yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan dan menggunakan cip baru yang lebih tahan.
  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku . imej sinar ultra lembayung atau UV timbul dari kad pengenalan yang baru
  • Pihak JPN yakin MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).

pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari. JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN manakala. Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak,” katanya

pixel Khas untuk Mummy dari Daddy...