You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for May, 2012.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for May, 2012

Peluang Semak arah kiblat yang betul hari ini | fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah  | menyemak arah kiblat yang betul  | Semak Arah Kiblat

Hari ini merupakan hari istimewa untuk umat Islam dimana  kita yang beragama islam  di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang ini  (waktu Malaysia) ini merupakan fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah iaitu Matahari Tegak Di Atas Kaabah. 

Jom kita semua semak Arah kiblat Hari ni…

Info fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah

Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang Isnin (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah. Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai. Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai. Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas. “Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah,” menurut laman itu. BERNAMA

kuih tradisional melayu yang sedap | Kuih Bakar Pandan  kb1 kuih tradisional melayu yang sedap | Kuih Bakar Pandan

Pepagi senin..tetibe teringat ngan kuih Bakar pandan ni…sedapnyer…kat sini memang susah nak dapat yang macamni rupanyer …kuih bakar ni dikategorikan kuih tradisianal melayu la kan…kalo makan mesti nak…dan nak gak lagi…hehe

kuih Bakar pandan kat kampung biasanyer kalo makcik2 buat..dieorang gunakan daun pandan memang wangi sangat baunyer… time balik kampung memang berketul gakla habis kuih  bakar saya hentam…Kuih bakar rasernyer lagi best kalau makan panas2…minum pulak  ngan air kopi…waa…sedap sangat…

mewarna gambar kartun dan pemandangan bersama Adik dan abang  mewarna gambar mewarna gambar kartun dan pemandangan bersama Adik dan abang

haa ni aktiviti dimasa lapang …sementara tunggu mummyer masak mengemas dan mengemop bagaikan… anak-anak perlu diurus supaya dierang leka dan tak kacau mummyer buak kerja…time ni dierang berdua duk kat balkoni saya letakkan meja dan peralatan siap-siap beserta dengan kudapan coklat atau biskut dan susu segelas sorang dan suruh dierang mewarna tak lupa letak kipas angin sekali…kalo tak meraung kepanasan hehe…saya buat camni biler time nak mengemop  lantai supaya budak berdua tak berlari-lari anak2 atas lantaikan…

Abang ni ok jer mewarna…dier suker mewarna  gambar  kartun….adik tu suka buat kacau jer… Nampak serasikan dierang tapi kekadang gaduh gak…

pixel mewarna gambar kartun dan pemandangan bersama Adik dan abang