You are currently browsing the Haslizalizz.com blog archives for June, 2013.

wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

Archive for June, 2013

salam sabtu..salam ceria…

hari sabtu hari kerja untuk rumah pulok..

mengemas, membasuh, mengelap…jadi bibik jap bertauliah gitu *lap peluh

lepas tu kita masak pulak yer…

pagi ader pisang dalam peti ais kiter goreng pisang tabur gula…

bebudak ni dier siap cicah nutella…

9120028233 7a0f4143ee lauk pauk simple di hari sabtu

 

dalam kul 11 macamtu kiter masak tengahari pulok…yek..

kiter masak awal-awal nanti kang kiter boleh rehat awal….gitu…

kali ni saya nak masak singgang sotong…kegemaran adik…paling senang baguih anak mami ni suka makan yang simple jer..takder la renyah mak dier kan…

sotong segar beli kat pasar malam…

9120012231 50dbb85862 lauk pauk simple di hari sabtu

mudah sangat Ketuk bawang putih, potaong bawang merah , lengkuassikit  serai dan rebuskan. letak asam keping..biaorkan mendidih angkat..

ni lah hasilnyer serai semua asingkan kalo tak sara tak mo…jadi kena asingkan awal-awal..

9120013165 dc0ed3e3ca lauk pauk simple di hari sabtu

senang mudah dier nak hirup kuah tu..

lepastu…

masak terung masak pedas kegemaran dedi..terung ni kena buat lebih untuk malam sekali..

9155788877 836b589a3b lauk pauk simple di hari sabtu

kemudian..

sayur kailan ikan masin sayur kegamaran abang dia suka makan daun jek batang letak tepi hehe

kemain besor lagi ku potong ikan kering tu *ahaks..

bukan aper senang nak makan..

9120017905 38de2e06b3 lauk pauk simple di hari sabtu

dan last sekali  ikan goreng kegemaran semua …

sikit no ikan tu..lagi empat masih dalam kuali…hehe

belum masak lagik..hehe

9122235564 9392e646b3 lauk pauk simple di hari sabtu

dah..dah meh jemput makan…

uollss semua masak aper harini?

selamat berhujung minggu …babai

Ni bukan iklan sabun pencuci yek ni petua…muahahah..

Kita mesti rasa sakit hati bila tanda minyak yang melekat pada pakaian terutama kalau ada kesan sambal nasi lemak ke sambal udang ker…mau kan menyirap jer rasa kan..tambah susah benar nak hilangkan..

Ok jom kiter cuba petua mak-mak ni dengan menyapu bedak debu (talkum) sebelum kita basuh pakaian tadi..

cara menghilangkan tanda minyak di pakaian :

taburkan bedak ditempat yang terlekatminyak tadi biarkan semalaman gitu…kemudian esok basuh macam biasa…insyaaalah hilang..

Selamat mencuba ibu-ibu sekalian…daaa

tips supaya anak kita tidur lena
◈ gelapkan bilik anak sekiranya tidur waktu pagi
◈ suhu bilik jangan terlalu panas @ sejuk.
◈ Bilik sentiasa dalam keadaan senyap
◈ elakkan bermain ditempat tidur
◈ jadikan waktu tidur itu rutin dan konsisten
◈ Jika bayi terjaga waktu malam,mungkin disebabkan mahu susu @ lampin basah
◈ Lakukan proses menukar lampin dengan cepat & setelah selesai tepuk untuk tidurkannya semula
◈ Jangan bermain dengan anak & lakukan aktiviti bersama pada waktu siang kerana ia akan membantu anak tidur lena pada waktu malam
◈ Bawa bayi ke katil waktu sedar & beri masa utk dia tidur sendiri.
◈  tidurkan bayi ditempat yang sama kerana secara psikologi anak akan tahu itu adalah tempat tidur dia.

selamat mencuba..moga anak-anak kita tidur lena sentiasa…

pixel tips supaya anak tidur lena