wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

28 Mar

6 Makanan paling berkhasiat untuk kita

Author:lizz

Nak tanya boleh ?

uolls makan supplement aper hari2 ek?

Kat ofis ni ramai akak yang umur 50an gitu biler ditanya pasai pa mereka ni nampak cergas badan pun lawa lagi rupanyer ader yang makan madu amalkan kismis…herbalife..shaklee…memacam..ader yang tradisional ader yang moden gitu.

Saya  kadang tak tau nak amalkan yang mana…kalo saya saya makan yang biasa jer…yang natural orang kater….yang serbuk2 bagai ni perut alah …

ok la kat sini saya nak kongsikan rahsia makanan ilmuwan islam…boleh la kita try…bagus jugak untuk anak2 kita jugak…tak lupa suami…hehe

6 Makanan paling berkhasiat untuk kita yang juga merupakan pemakanan ilmuwan islam 

1. Madu 

  • Madu adalah makanan yang paling berkhasiat
  • Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit.
  • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
  • Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2. Kismis 

  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
  • Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

 3. usu segar 

  • Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
  • Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
  • Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar.
  • Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

 4. Telur 

  • Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
  • Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia

  • Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
  • Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

 6. Buah Delima

  • Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

jom kita semua amalkan…

PSS : Haritu saya jumpa DR kat umah alang-alangkan bawak anak ambik ubat selsema , saya tanyer la En Dr tu pasal pemakanan saya gini-2 bolehker macam saya kalo makan nasi 3 kali sehari minum susu kekadang kerja dah la duduk dpn komputer jer exercise nyer idok…kang kalo membesar bagai johan siapa yang bersalah tetibe…

pixel 6 Makanan paling berkhasiat untuk kita

3 Responses to “6 Makanan paling berkhasiat untuk kita”

  1. dana says:

    skrg nih akak pun amalkan minum madu+cuka apple, mintak2 ada perubahan lah… kalu tak sakit2 bdn n tido tak nyenyak…

  2. amalkan semua kecuali delima & halia tu amat2 jrg hehehe

  3. Nora says:

    thanks sharing lizz… saya jarang makan semua tu… dulu rajin makan madu… kena amalkan balik ni…


Leave a Reply

Current day month ye@r *