wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

24 May

8 tip kebahagian rumahtangga

Author:lizz

Kali ni  saya nak kongsi Tip kebahagian rumahtangga..semalam baca kat fb..menarik uolls boleh kita amalkan pada suami atau isteri kita.

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Macam saya bila kita dipuji terasa uihsh beshnyer….bila masak walau kiter masak biasa-biasa jer bila dedi cakap sedap ..  ..terasa ber semangat .

2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. OOo gitu yer..lepas ni ai nak amalkan selalu…hehe

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni memang betul bila dedi bagi hadiah ker iolls heppi nunggu hadiah birthday ni tak lama lagi…jgn luper yer dedi

4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. ini setuju perhatian tu penting tau waloupun nampak remeh kekadang tapi sebenarnyer boleh membawa kepada suami ke isteri sentap contoh bila kita demam ker tak sihat kita mesti bagikan ubat suap-suap manjew gitulayankan dier nak makan aper rengekan manja tu layankan ajerr… barulah dia cepat sembuh…gitu…

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. yer setuju kalau kahwin tak sefahaman acaner…tak kisahla macamaner dia gi kerja balik lewat lepas tu gaduh-gaduh…penat lagi layan gaduh lagi serius tambah2 biler ader anak-kan susah ooo kalau bergaduh depan anak-anak..lagi satu memang kita kena faham kehidupan suami isteri yang memang kena ngadap hari-hari  muka diakan walau macamana sekalipun… lainla masa bercintakan bila kahwin ni semua perangai peel semuanyer terserlah…..kekadang kita kena terima jugak kelemahan pasangan kiterkan sebab kiter sendiri pun ader kelemahan kan…kalo tak puas hati…kita boleh bincang …yer dak……

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. sepatutnyer kita suami atau isteri memang tau kot hukum hakam dalam rumahtangga ni.. jaga hati masing-masing jangan buat benda-benda yang pasangan kita tak suka…misalnya suami ke isteri suka sangat melayan bertempuk tampo lagi best memula kenal-kenal biasa….borak-borak…ngendeng-ngendeng kat meja kekonon  berborak lakan…lepas tu dah makan sekali…rehat pun sekali…balik kerja pun saing-saing…. walaupun kiter rasa biasa-biasa kalo ader setan disitu…haaa acaner ..

7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. waa yang ni memang best kan sekali sekala yer dak…tambah-tambah diulang tahun perkahwinan…

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.  dengan doa moga  hajat dimakbulkan, dibuka pintu kelapangan dan dihindarkan musibah atau diselamatkan daripada kejadian tidak diingini. moga rumahtangga kita semua aman sentiasa dan sentiasa dibawah lindungannya..

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

pixel 8 tip kebahagian rumahtangga

2 Responses to “8 tip kebahagian rumahtangga”

  1. Tips yang baik – tapi belum kawin nak buat semua nie…

  2. ajumohit says:

    skrg kami sedang di P yang ke 7, vah2 hehehe, semoga amalan ini akan memberkati rumahtangga kita insha allah


Leave a Reply

Current day month ye@r *