wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

6 Jul

Bandar Jengka bertukar nama | Bandar Tun Abdul Razak

Author:lizz

Bandar Jengka bertukar nama sebagai Bandar Tun Abdul Razak sempena sambutan Hari Peneroka FELDA 2011

Wah esok PM kita akan mengistiharkan Bandar Pusat Jengka  Sebagai  Bandar Tun Abdul Razak  pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2011  Wilayah Jengka esok di  Stadium Mini Bandar Pusat Jengka..lepas ni kena tukar la yer Bandar Tun Abdul Razak hehe..tapi rasanyer cam dah lama tukar nama ni tapi esok mungkin secara rasminyer kot yang pasti kiteorang sebagai anak2 pahang menantikan pembaharuan yang PM ingin lakukan di Bandar Tun Abdul Razak bukan sekadar nama jer yang tukar yer….

Penduduk Bandar Tun Abdul Razak majoriti semuanya melayu…kat sini kemudahan untuk masyarakat setempat semuanya ader termasuklah  Hospital Jengka, Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar JengkaPerpustakaan Awam Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Pahang, Balai poli, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan,  Jalan RayaPejabat Tenaga Nasional, Pejabat Jabatan Bekalan Air Pahang, Terminal Bas Nadi Kota, Bandar Pusat Jengka, Poliklinik Komuniti Bandar Jengka,  Kentucky Fried Chicken yang ni baru jer bukak kalau tak silap….

Tak lupa ader pasaraya UMART &  pasaraya B5…dulu paling glamer Mat sapak dulu2 time remaja selalu la gi shopping …kiranyer Mat Sapak ni paling Best kat sini macam2 ader tapi skang dah takder tak tau kenapa…siapa yang membesar kat kawasan ni pasti Ingat Pasaraya Mat sapak..tu kan…. lagi satu Pasar malam hari sabtu memang terbaik kat sinilah orang Jenka selalu membeli barang2 pasar memang meriah kat sini ader jual ikan patin yang glamer kat pahang tu dan macam 2 sayur-sayuran dan makanan2 semua best2  paling suke makan nasi kerabu, sate, air bandung cincau tak lupa kuih muih makcik2 kat sini memang enak…yang paling special ialah coconut shakenyer memang terbaik memang wajib beli kalau kat  pasar malam ni….

Jarak rumah Mak nak ke Bandar jengka dalam 20 minit tapi pahang biasa la kan banyak Hutan nak ke sini kena lalu satu bukit Hutan Simpan  bukit gajah kat sini memang berbukit2 bersimpang siur…apa yang paling menarik ader gading Gajah  sebagai Penanda Bandar Tun Abdul Razak…..memang dah lama wujud gading gajah ni cuma kadang naik semak tak nampak la rupa gading gajah ni. Bandar Pusat Jengka dikelilingi  oleh Ladang sawit Dan Getah Serta Hutan simpan….kiranya Bandar yang dikelilingi oleh kawasan ladang dan hutan simpan….Udara segar tau….

Info Bandar Tun Abdul Razak

Bandar Pusat Jengka (Bandar Tun Abdul Razak)  merupakan  bandar yang terletak  di Pahang kira2 dua jam perjalanan untuk ke KL Bandar Tun Abdul Razak  menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.


P engumuman pada sambutan ke-55 sempena penubuhan FELDA itu sebagai mengiktiraf sumbangan warga peneroka memajukan tanah rancangan.

“Tentu ia akan memberi khabar gembira kepada seluruh penduduk kawasan sekitar Segitiga Jengka yang dilimpahi pembangunan melalui peruntukan disediakan.


Sejarah Jengka

Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka. Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambilkira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Bandar Jengka bertukar nama | Hari Peneroka FELDA 2011 | Sambutan Hari Peneroka FELDA 2011 | Bandar Tun Abdul Razak | Perasmian Bandar Tun Abdul Razak | Sejarah Bandar Tun Abdul Razak | Bandar pusat jengka



pixel Bandar Jengka bertukar nama | Bandar Tun Abdul Razak

6 Responses to “Bandar Jengka bertukar nama | Bandar Tun Abdul Razak”

  1. hawa says:

    hope ada pembaharuan dari segi bdang kerja, infrastruktur dan kebajikan :)

  2. MARAN MARI says:

    TERBAEK!!!

  3. kak ieda says:

    owww ye ke dik .. alhamdulillah semoga terus maju :)

  4. shasha says:

    kak,bukan belalai tapi gading gajah…:)

  5. Iqbal says:

    Semoga jengka akan terus maju.. :)

    sis, belalai or gading gajah tu..hehe

  6. Hafizal Pazin says:

    Teringat dengan pasaraya Mat Sapak. Sedih. Dulu selalu beli stationery kat situ masa zaman sekolah

    http://hafizalpazin.blogspot.com/2011/07/sambutan-hari-peneroka-2011-jengka-part.html


Leave a Reply

Current day month ye@r *