wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

13 Jun

bercuti ke cameron highland | melawat Cameron Highland

Author:lizz

bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland 

 Episod 1

Selamat datang ke Cameron Highland...yihaa…kita dah sampai kesini yang keberapa kali dah  tak ingat eceh….nak menunjukkan banyak kali mai sinikan… Haritu kiteorang bertolak dari rumah 8 pagi yang pada awalnyer nak bertolak lepas subuh tapi anak2 dara 2 orang tu lambat bersiap jadinyer lewat membebel-bebel driver….lambat…

ladang teh cameron highland bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

Seronok melayan cuti 2 hari satu malam di Cameron highland…kali ni melawat cameron Highland atas permintaan abang sulung saya merangkap tukang sponsor kiteorang hehe…katanyer nak jalan tengok-tengok sayur….bagus2,  boleh lah adik2 dier nompang sekaki bukan aper biler sebut jer Cameroon Highland ni dalam kepala mesti ingat bunga lawo2, stoberi coklat yang mabeles, pokok2 teh yang menghijo dan yang paling best suasana sejuk dan pemandangan nyer memang sangat cantik…

Sebelum sampai ke Cameron Highland tangan tak lepas duk snap gambar-gambar biasalakan saya kan hobinyer nangkap gambar jer ni peluang terbaik nak dapat gambar yang cantik-cantikkan… Haa lihat semua gambar-gambarnyer semuanyer menghijau….sebelum kiter sampai kiter akan jumpe air terjun Lata Iskandar kat sini macam2 buahan dan kraftangan jual ..kat sinilah kita boleh berkelah & makan2 bekal yang kiter bawak dari rumah takkpun menikmati buahan2  dan makanan yang ader jual kat sini…waa memang sesi memenuhkan perut kenyang bangat….


cameron highland malaysia bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

  1. Lata Iskandar Lawokan air terjunnyer duk kat sini rendam kaki jer…sambil makan buah tampoi…nampak tak gambar kiteorang tu yang cinonet tu…
  2.  Bukit ni cantik sangat hijau menawan gitu…sebelum sampai ketanah rata kita akan lalu kat bukit ni….
  3. yeea dah sampai ke Tanah Rata…bila dah sampai kat sini rasa cam tak sabar nak sampai kekemuncak Cameron Highland dah terasa  nak makan strawberi hehe….
  4. Haa tengok petai tu…memang sangat segar kiteorang singgah kat sini lama jugak abang sibuk nak beli n buat jeruk katernyer tah beraper ikat dier beli…belum sampai atas dah beli petai…
Ni adik ngan Abang  sibuk mintak susu dah boring nunggu Paklong pilih petai adik aper lagik menyusu la kerjanyer…Abang pun samer nyusu gak…dierang ni menyusu kuat pastu sibuk nak membuang hadoi…Nasib baik mak Teh & mak su sanggup layan dierang pegi Toilet kat stesen minyak…
Pasar Brincang 
Pasar Brincang Lokasi yang wajip Singgah tiap kali Cameron Highland.…Kat sini kiteorang Singgah jap nak beli cendawan celup tepung tapi dier punyer singgah sejam kat sini…pastu adik2 sibuk duk beli aksesori strawberi memang comel2 adik qaysara  pun sibuk gak memilih semua yang ader warna pink dier nak beli haih…

pasar brincang bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

 Makteh bergaya ngan payung strawberi baru di Pasar Brincang , belipun sebab tetiber hujan….gambar mak ngan anak dari belakang pun dierang ambik ..boleh… gambar saya satu ni jer ader kat Pasar Brincang yang  terkocah-kacih nak carik Cendawan celup tepung …

pasar brincang 2 bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

Ladang sayur cameron highland
ladang sayur ni kami singgah abang long kiteorang nak beli benih sayur  n nak melawat sayur sambil nak menyenap aper yang patut …biler kat kebun sayur ni memacam sayur ader raser cam semua nak beli segar2 semuanyer nanti esok nak balik tau la kiteorang memborong… Tengok Abang Uwais Tu dalam kebun sayur pun boleh buat Aksi Ultraman…Ingat ader raksasa ker kat situ…serangga banyakla…

ladang sayur cameron bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

Nanti sambung lagi dengan gambo2 melawat Taman Bunga Cameron Highland
pixel bercuti ke cameron highland  | melawat Cameron Highland

7 Responses to “bercuti ke cameron highland | melawat Cameron Highland”

  1. Ajumohit says:

    Seronok kan tgk Sayur Dan pokok teh nun menghijau, segar mata hihi, skrg ni Cameron x brp sejuk kan lizz tp feeling sejuk ttp Ada ;)

  2. IntaNBerliaN says:

    wah bestnya… cantik pemandangan…

    dah lam x g sana :-)

  3. kak ieda says:

    akk dah lama x sampai sini ;)
    winduu lak bila ingatkan time kami kesana ramai2 ;)

  4. kakcik says:

    Dah lama betul kakcik tak jejak ke CH tu. :)

  5. lieya_latif says:

    tempat yg paling best nak gi bercuti yg dekat2 …..sebab tempat die sejuk…lieya suke gi bercuti tempat sejuk2 ni…tak rimas panas nak berjalan heheeheh…belagak diva gituu hahaahaha….

    gerammnye mummy tgk petai tu…bulat2 mate die….lieya dah le mmg suke petai…..

  6. ajis says:

    tapikan nak g cameron ni..kalau boleh jangan lerg time cuti2 sekolah..cuti2 panjang..memang jem giler…

  7. Kakzakie says:

    Petai tu memang nampak fresh sungguh. Lizz tak beli ke bunga kobis tu. Geramnya kakak tengok. Putih bersih…


Leave a Reply

Current day month ye@r *