wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

26 Mar

doa untuk ibu bapa kita

Author:lizz

Doa untuk ibu bapa kita…yang telah banyak berjasa kepada kita semua..terasa bertuah sangat dapat mak ayah yang begitu penyayang walaupun ayah dah tak der kenangan bersama ayah sentiasa saya ingat….

kat sini saya nak kongsi doa untuk mak ayah kita…kerana doa anak-anak adalah sangat mustajab…jom kita sama-sama amalkan

doa untuk ibu bapa

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,

peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

pixel doa untuk ibu bapa kita

2 Responses to “doa untuk ibu bapa kita”

  1. nanakimie says:

    terima kasih atas perkongsian sis…:)

  2. faizaerina says:

    Amin Ya Rabbul Alamin..


Leave a Reply

Current day month ye@r *