wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

22 Jul

EXORA! OH EXORA! MPV IDAMANKU | siri 2

Author:lizz

sticky post EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | siri 2

EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | Siri 2

Hello..Mayday!Mayday!..hehe…Ini bukan panggilan kecemasan yer…. pasal ruang dalam kereta ni ha.. bukan kapal terbang nak terhempas ..huhu. Dulu mula2 berdating berdua, naik kereta kecik pun rasa luas.. skang ni bila dah kahwin, dah ada 2 orang anak,  ruang dalam kereta ni dah mula jadi isu serius….belum lagi bila nak bawa mak dan bapak  mertua naik kereta..?haha ( ini serius…… bak kata wonderpets!) huhu.

g3 EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | siri 2

Walaupun nak pergi  jenjalan kat sekitar KL pun dah jadi masalah..barang anak2, pampers spare,susu anak2 dan yang paling penting bila nak keluar adalah “stroller” untuk anak ni ha…kalau tak bawak letih ler nak mendukung..bleh patah bahu ni..kalau nak bawa ruang kereta plak sempit? ada pulak ahli keluarga yang tak boleh ikut..kesian pulak! bila dah decide tak bawa “stroller” bila jenjalan..menyesal yang amat sangat!..memang letih!. rasa nak pengsan dukung anak ni… Boot kereta yang besar memang penting bila dah bertambah bilangan ahli keluarga dan ditambah lagi dengan pembantu rumah..Mana nak letak semua2 ni dalam kereta ni?  hmmm..mengeluh errrr setiap kali nak memulakan perjalanan.

g2 EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | siri 2

Ini baru nak jalan-jalan sekitar Kl..macam mana kalau nak balik Kg selama 4-5 hari? stok2 barang dah tentu berlipat kali ganda..lagi la banyak barang nak bawa..kalau dah balik 5 org dewasa + 2 orang anak..mana nak letak barang2 ni semua..memang beriba la barang2 ni dalam kereta..tu yang duk kata  Mayday! Mayday! kecemasan ni..tambah pulak raya pun dah dekat?jeng!..jeng!..jeng! haha..

Kalau dipikirkan pulak tentang keselamatan..kereta kecik ni dah tentu banyak kekurangannya..dari segi “seat belt” pun dah kurang..mesti ada penumpang yang tak pakai “seat belt”..macam mana dengan keselamatan anak2? banyak kemalangan berlaku tak kira jarak perjalanan dekat ataupun jauh.Ish! memang tak tenteram kalau memandu, bila ada penumpang yang tak pakai “seat belt”,bukan tak nak pakai..tapi tak cukup! hmmm..ini yang paling utama! SAFETY FIRST!

Anak2 ni kalau perjalanan jauh..5-8 jam (bila nak balik kg mak mertua di Perak dan Kelantan) diaorg cepat bosan dan mula buat hal..kereta kecik nak buat aktiviti bermain tak boleh..ruang tak ada..jawabnya wat perangai ler sepanjang jalan..Pilot dah ler letih ditambah kerenah anak-anak..bertambah-tambah letihnya..sekurang kurangnya kalau ada ruang kereta yang luas..anak2 ni boleh ler buat aktiviti ke depan dan kebelakang..bertukar2 angin org kata..tak ler dia bosan kerana anak-anak  tengah membesar ni memang aktif!..

g1 EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | siri 2

Memang berharap dapat kereta MPV yang ada 7 seaters..dengan ruang kapasiti yang besar dan luas untuk memudahkan kami sekeluarga merancang perjalanan yang lebih selesa..barulah orang kata memandu itu satu keseronokan!..sebut pasal MPV ni sudah tentu teringatkan MPV Proton Exora!..memang sesuai untuk keluarga saya. Baru-baru ni Exora VIP TEST DRIVE berlangsung di Sunway Giza Pulau Pinang dan bulan ini pada 30 dan 31 Julai Exora VIP TEST DRIVE! Akan berlangsung di Philea Resort & Spa in Ayer Keroh, Melaka. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.allaboutexora.com, memang teringin sangat nak join Exora VIP TEST DRIVE ni..tapi bulan ni tak ada yang berlangsung di Kuala Lumpur..yang terdekat di Melaka..tak ler jauh sangat  kalau nak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang pastinya menyeronokkan kat sana..dapat SPA percuma lagi tau! bila TEST DRIVE…..hanya Exora VIP TEST DRIVE jer yang ader semua ni…

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini..Cepat2 ler daftar ek..dah tak sabar rasanya..

pixel EXORA!  OH  EXORA!  MPV  IDAMANKU | siri 2

21 Responses to “EXORA! OH EXORA! MPV IDAMANKU | siri 2”

  1. Ajumohit says:

    Mmg tingin jugak… Ahli kuarga yg besar sesuai dgn mpv ni, selesa utk long journey kan….hmmm

  2. kak ieda says:

    dulu akak pakai kancil dan hilux , tapi dgn hilux akak x leh nak muatkan nenek , mak dan abah kalau kemana2 .. kancil still ada utk akak berulang hantar anak2 ke sek .. :)

    susah ati sbb selalu kena tinggalkan nenek dan anak2 .. last2 akak sudjust hubby tukar MPV .. kami pilih EXORA .. sgt2 best dik .. skrg dari lebih selesa , lebih banyak brg boleh bawak .. kapisati 8 org tempat duduk .. sgt2 selesa utk berjalan jauh :)

    serious x rugi .. kereta malaysia sgt2 terbaik .. kalau tanye akak kelemahan exora satu2 adalah dia x leh naik bukit .. berat .. kalau boleh punn dlm gear rendah .. but its ok sbb bukan nye kita hari2 lalu bukit kan eheksssss

  3. mamaNoriz says:

    wowo…bukan calang-calang dpt peluang cam tu…
    blogger glamer mmg best…

    btw, i folo uuuuu :)

  4. fikuroyaki says:

    Kalau dah bigger family mmg sesuai la tukar ker mpv..kalau tal memanh masalah ler bila nak hang out ngan family…huhu

  5. uwaisdaddy says:

    Ni time mummy nak kiar g times square la ni…tak muat dah keta..daddy dok.umah coz korang yg nak shopping..

  6. cloud says:

    Kalau barang byk macam ni..kereta kecik mmg tak dpt la nak tlg..mmg kena beli mpv..angkat exora la…

  7. cloud says:

    Tapi g VIP teat drive dulu..baru power…

  8. azizi says:

    Jom..kita g test drive exora ramai2..exorakan bleh bw ramai yeop…!..huuhu g pusing2 jengjalan tgk wayang skali.haha

  9. anwar says:

    Aku bab ni..follow jer..mana tau berkenan bleh aku budget nanti..

  10. acap says:

    Nak ikut…wakakaka!

  11. hawa says:

    wah penuh kereta….tapi kereta MPV best bawa jalan2 jao ngan famly kan kak

  12. belajar main gitar says:

    Mak aih..dah jadi sardin ni..hehe


Leave a Reply

Current day month ye@r *