wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

11 May

fadhilat bulan rejab | Peristiwa di bulan Rejab

Author:lizz

selamat menyambut bulan rejab semua…
rasa cam  dah nak dekat sgt dah Ramadhan…

Untuk semua kat sini saya kongsikan fadhilat bulan rejab dan  Peristiwa  di bulan Rejab jom baca…..

fadhilat bulan rejab | Peristiwa  di bulan Rejab 

  • Bulan Rejab, merupakan bulan ketujuh mengikut susunan kalendar Islam telah mencatatkan satu sejarah yang amat penting apabila Allah Taala telah memerintahkan umat Islam mengerjakan solat lima kali sehari semalam.Berbanding dengan ibadat lain seperti zakat, puasa dan menunaikan haji – perintah bersolat telah diterima secara langsung oleh Rasulullah SAW dan ia berlaku ketika baginda menjadi tetamu Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab (tahun ke 11 baginda dilantik sebagai Rasul).
  • Bagi umat Islam pula Rejab merupakan bulan suci kerana di dalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj iaitu peristiwa perjalanan malam Rasulullah dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa (Israk) dan kemudian baginda naik ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (Mikraj).
    Selain peristiwa Israk Mikraj, bulan Rejab turut mencatatkan beberapa peristiwa hijrah pertama para sahabat ke Habsyah (Ethiopia). Antara sahabat yang terlibat dengan hijrah itu ialah Saidina Uthman ibn Affan r.a dan isterinya Ruqayyah iaitu anak Rasulullah. Penghijrahan itu bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.
  • Peperangan Tabuk juga berlaku pada bulan Rejab iaitu pada tahun kesembilan hijrah. Peperangan ini menguji umat Islam kerana ia berlaku pada musim panas. Dengan pertolongan Allah SWT, tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.
  • Bulan Rejab juga mencatat sejarah kelahiran Imam As-Syafie atau nama penuhnya Muhammad Idris. Tokoh ini lahir pada 150H pada bulan tersebut. Beliau adalah salah seorang daripada empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie.
    Dalam bulan Rejab juga iaitu pada 27 Rejab 583H, panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi berjaya membebaskan kota suci Baitulmuqaddis daripada tentera salib selepas dijajah kira-kira 60 tahun.
  • Dalam memperkatakan bulan Rejab, kita juga tidak akan terlepas daripada membicarakan fadhilatnya hingga ada yang beranggapan ibadat pada bulan ini diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain.
  • Bagaimanapun, terdapat ulama menyatakan bahawa tanggapan seperti itu tidak benar kerana hakikat pahala dan ganjaran yang disediakan kepada orang yang beramal soleh hanya Allah sahaja maha mengetahui. Sungguhpun begitu, Allah telah berjanji bahawa mereka yang berusaha meningkatkan keimanan kepada-Nya akan mendapat ganjaran sewajarnya.
  • Seperti mana bulan-bulan yang lain, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat dan berpuasa sunat adalah antara ibadat terbaik untuk dilakukan. Selain itu, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin. Kita juga digalakkan memperbanyakkan zikirullah dengan cara membaca al-Quran, berwirid, bertahmid dan bertasbih.
    sumber email…

pixel fadhilat bulan rejab | Peristiwa di bulan Rejab

2 Responses to “fadhilat bulan rejab | Peristiwa di bulan Rejab”

  1. Salam ziarah. Thanx for sharing the info.. :)

  2. Myra Jay says:

    Ayuh kita ‘rebut’ fadilat di bulan Rejab sebab kita tak tahu adakah kita akan bertemu pada Rejab tahun depan kan :D


Leave a Reply

Current day month ye@r *