wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

5 Oct

Gambar iPhone 4S | Harga dan Spesifikasi Apple Iphone 4s

Author:lizz

6212999842 6ce360fb43 z Gambar iPhone 4S | Harga dan Spesifikasi Apple Iphone 4s

  Gambar iPhone 4S | Harga dan Spesifikasi Apple Iphone 4s 

 Apple Inc mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka. Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.

Spesifikasi Apple Iphone 4s | Feautures terbaru 
  • iPhone 4S dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definisi tinggi (HD), memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat pada iPad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas daripada iPhone 4.
  • Selain itu, Apple turut memuatkan iPhone 4S  dengan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.
  • Telefon iPhone 4S  dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.

Harga iphone 4s

  • Di Amerika iPhone 4S   dijual pada harga USD199 (RM645) untuk model 16GB, USD299 (RM965) untuk model 32GB dan USD399 (RM1,287) untuk model 64GB, dengan kontrak selama dua tahun.Harga iphone 4s  malaysia berapa la agaknyer yer….
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.

pixel Gambar iPhone 4S | Harga dan Spesifikasi Apple Iphone 4s

6 Responses to “Gambar iPhone 4S | Harga dan Spesifikasi Apple Iphone 4s”

  1. ibnushukran says:

    uishh.. murahnya price kt amerika.. kt sini mau 3k agknya..

  2. nana says:

    loor…kecoh jer kan org2 yg dok gtau iphone 5 kuar~ skang nih haa…amik! kehkehkehkehh…=p thanz 4 the info~ =)

  3. Ajumohit says:

    Baru je pakai ip4 dah kuar lg adiknya heheheh

  4. kama says:

    bestnya.murahnya kat amerika..bile lah nak dapat iphone…

  5. aimaniman says:

    akak beli galaxyS plus je.. x mampu nak iPhone ni.. ada iP4 nanti cepat je adik2 dia keluar…geram je, so beli yg mampu je bleh blogging kat man usshhh

  6. mohd fauzi ismaul says:

    talipon iphon 4s yang baru saya beli mengalami kerosakan iaitu hilang no tel rakan yang disimpan dalan kenalan


Leave a Reply

Current day month ye@r *