wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

6 Jun

Gambar perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp | Gambar pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp

Author:lizz

Gambar perkahwinan  Nurul Wahab dan Eric Depp  | Gambar pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp 

7344167804 bf8fe1ff89 Gambar perkahwinan  Nurul Wahab dan Eric Depp  | Gambar pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp

Tahniah… buat Nurul Wahab  yang telah sah bergelar  isteri   kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp dengan sekali lafaz  dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Duchess Place tadi..

Pasangan Nurul Wahab dan Eric Depp   dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Majlis pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp,  Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 15, manakala Eric ditemani  kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan Nurul Wahab  menerima  mas kahwin sebanyak RM80  dan wang hantaran RM5,000.  pihak perempuan menerima lima dulang yang terdiri daripada produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara. Manakala pengantin lelaki Eric Depp  menerima  tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Nurul Wahab dan Eric Depp   tampak  manis  dengan mengenakan gaun berona putih rekaan Riezman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua  pasangan ini disolek oleh  jurusolek Deq Sha.

Selamat Pengantin Baru Nurul Wahab dan Eric Depp  semoga bahagia hingga ke akhir hayat….

pixel Gambar perkahwinan  Nurul Wahab dan Eric Depp  | Gambar pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp

One Response to “Gambar perkahwinan Nurul Wahab dan Eric Depp | Gambar pernikahan Nurul Wahab dan Eric Depp”

  1. IntaNBerliaN says:

    tahniah utk nurul n semoga berbahagia :-)


Leave a Reply

Current day month ye@r *