wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

13 May

Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu

Author:lizz

Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu tak kira siapapun anda tapi yang  bergelar ibu, mama, umi,  mak, ma, mummy dan apa saja gelarannya…

ECARD HARI IBU Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu

UCAPAN UNTUK MAK  ….

Saya  sayang mak….Terima kasih mak kerana sudi melahirkan,  menjaga saya memberi kasih sayang , menyanyikan lagu-lagu indah untuk untuk saya  tidur  , memberikan susu lemak manis yang tiada tandingannnya . mak adalah superwoman saya,  yang boleh buat apa saja yang saya inginkan, mak adalah insan yang paling saya kagumi seorang yang cantik macam ratu yang amat menjaga kesihatannya dan senantiasa cergas.  mak akan jadi doktor sepenuh masa apabila saya sakit atau demam dia menuamkan badan saya dan  akan menyediakan ubat untuk saya, dia akan terus memantau kesihatan saya sehingga saya pulih sihat seperti sediakala.

Mak akan peluk saya ketika saya sedih dan mak akan bimbang jika saya ada tanda-tanda tak  sihat kalau saya terbatuk atau nak selsema  dia akan cakap kamu  tak makan sayur dan buah2 an yang cukup dan dia  akan paksa saya makan sayur atau buah untuk lebih sihat katanya…itulah mak saya..tiap2 hari mak berpesan apabila keluar dari rumah untuk  bermain, kesekolah atau mengaji supaya jangan melayan orang yang kita tak kenal…saya paham mak dah banyak kali mak pesan…mak akan cakap kepada saya…biar mak penat berpesan supaya kamu ingat …mak juga sentiasa berpesan supaya menghormati orang yang lebih tua dan jangan sesekali menyampuk apabila mak atau ayah bercakap….mak sentiasa bercakap lembut dengan saya dan akan bertukar menjadi suara garang seperti singa kalau marah jika saya melawan atau tidak mendengar kata. itulah mak saya…

Mak umpama sinar cahaya  sang suria  yang memancar didunia yang gelap gelita maklah segala bagi saya.  saya sayangkan mak ….saya akan jadi ibu seperti mak  dan menjaga anak2 saya seperti mak lakukan kepada saya….SELAMAT HARI IBU MAK : CIK PUAN HASNAH MUSA..

pixel Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu

One Response to “Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu”

  1. Ajumohit says:

    Miss ur new entry! Selamat hari ibu!!!


Leave a Reply

Current day month ye@r *