wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

1 Jun

hari keputeraan agong 2 jun 2012 di Istana Negara baru | hari keputeraan agong 2012

Author:lizz

hari keputeraan agong 2 jun 2012 di Istana Negara baru | hari keputeraan agong 2012

6480195347 68f0774680 hari keputeraan agong 2 jun 2012 di Istana Negara baru | hari keputeraan agong 2012Esok merupakan Sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah esok, buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baharu, di Jalan Duta…Sebelum ini, upacara pertabalan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Negara berkenaan April lepas

 Info hari keputeraan agong 2 jun 2012 di Istana Negara baru
Pertabalan bersejarah itu menyaksikan Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan dalam kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 semasa berusia 42 tahun, dan kini empat dekad kemudian, Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.

Kali ini, Istana Negara yang menjadi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia bakal berlangsung sambutan penuh istiadat Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. 

Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong secara rasminya disambut pada setiap hari Sabtu pertama bulan Jun, tidak mengambil kira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan atau Raja-Raja Melayu yang sedang memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong.

Bagi tahun 2012 ini, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun ialah pada tanggal 2. Acara sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong telah dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara semalam sempena malam Jumaat.

Acara kemuncak sambutan akan diadakan mulai pagi esok pagi dengan istiadat mengarak panji-panji Seri Paduka Baginda di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, dan diikuti dengan istiadat menghadap dan pengurniaan darjah-darjah kebesaran Persekutuan di Istana Negara.

Ia kali pertama istiadat itu diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang boleh memuatkan seramai 1,000 hadirin.

Jamuan Teh Diraja sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Ahad di perkarangan Istana Negara dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 jemputan. – BERNAMA

pixel hari keputeraan agong 2 jun 2012 di Istana Negara baru | hari keputeraan agong 2012

Leave a Reply

Current day month ye@r *