wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

9 Sep

Jika seorang kanak-kanak

Author:lizz

Jika seorang kanak-kanak.

1. Jika seorang kanak-kanak sentiasa dikecam, dia akan menjadi seorang yang suka mengacau.
2. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui, dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.
3. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu, dia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah.
4. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi peluang, dia akan menjadi seorang yang penyabar.
5. Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakan, dia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan.
6. Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan pujian yang ikhlas, dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai.
7. Jika seorang kanak-kanak sentiasa dilayan dengan saksama, dia akan menjadi seorang yang bersikap adil.
8. Jika seorang kanak-kanak sentiasa mendapat perlindungan, dia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.
9. Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi pengiktirafan, dia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.
10. Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima, dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selesa, tenang dan bahagia.

~ Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah ( Kecemerlangan Mendidik Anak)

 

pixel Jika seorang kanak kanak

5 Responses to “Jika seorang kanak-kanak”

  1. ajumohit says:

    betu tu lizz, kata orang melentur buluh biar dari rebungnya

  2. dana says:

    betul tu lizz…. perangai kanak2 tu bermula dr didikan kite mak bapak nyer

  3. puan kutu says:

    kajian kan..mmg ada betulnya..didik anak ni sentiasa kena cari gali ilmu

  4. suriaamanda says:

    thanks for sharing Lizz…betul tu…SA setuju…

  5. Nak mendidik anak, nak menegur, ada cara nya. Silap cara, abis la kan kak.


Leave a Reply

Current day month ye@r *