wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

8 Mar

cara didik anak yang betul Sebelum tidur | kaedah mengejut anak bangun tidur

Author:lizz

cara didik anak yang betul Sebelum tidur | kaedah mengejut anak bangun tidur

salam semua… Hari ni hari last saya jadi faci & penceramah yihaa…dah tepu dennn ni…haa…penat+letih nak demam …sakit-sakit badan ni…bukan aper dah lama tak drive sekali drive dari kl ke umahdah la jammm  balik rasa cam nak tercabut kaki…huhu…

ok sempena hari jumaat ni saya nak kongsikan tip yang  amat berguna saya rasa untuk kita  ibubapa untuk dipraktikkan pada ada anak-anak kita…

DIDIK ANAK SEBELUM TIDUR

1.   Bersihkan diri sebelum tidur.
i.    Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii.   Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii.  Baca doa sebelum tidur.   ( بِْاسْمِكَ  اللَّهُمَّ  أَحْيَا  وَاَمُوتُ  )
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas. ( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2.   Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan anak kita.
Diantara doa-doanya ialah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR

1. Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.

Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.

Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.

2. Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .

Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.

3. Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.

Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak  merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.

Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.

Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan  untuk bangun daripada tidur setiap hari.

Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber halaqah

pixel cara didik anak yang betul Sebelum tidur | kaedah mengejut anak bangun tidur

5 Responses to “cara didik anak yang betul Sebelum tidur | kaedah mengejut anak bangun tidur”

  1. Nice Sharing…TQ..
    Kalau Qis kadang² dia yg kejutkan kita…budak tu awal bangun walaupun tido lewat.. :)

  2. mamyharraz says:

    tips yg berguna sgt buat sy.
    Insyaallah lepas ni kena praktis utk jd ibu yg terbaik ;)

  3. rima says:

    thank you for sharing :)

  4. maszmadi says:

    betul betul….. info yang berguna…

  5. nens says:

    Bagusnyer kalo boleh buat sume tu kan dengan istiqomah..kdg2 kita ni pagi2 bz jek..sbbnye ibu pon terlajak tdo jgak..bangun pon tergesa2 huhu…


Leave a Reply

Current day month ye@r *