wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

4 Oct

Pembentangan bajet 2012 | Belanjawan 2012

Author:lizz

6210083404 9b4c806969 z Pembentangan bajet 2012 | Belanjawan 2012

 Pembentangan bajet 2012 | Belanjawan 2012

Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Jumaat ini, akan mengimbangi kepentingan negara dan keperluan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, strategi Belanjawan 2012   bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat dibantu dan  Bajet 2012  ini juga dapat mengukuhkan ekonomi Negara  berikutan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Dalam Bajet 2012  Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meringankan beban golongan ini, seperti bantuan kewangan, subsidi, insentif, bantuan latihan, kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Pembentangan Bajet 2012  Kerajaan yakin semua inisiatif yang akan diumumkan pada Jumaat ini akan dapat menangani kesulitan golongan pendapatan rendah dalam cabaran persekitaran ekonomi yang sangat hebat,” katanya menjawab kebimbangan beberapa Ahli Parlimen mengenai strategi Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Dewan Rakyat yang bermula semalam.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik.

Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji kakitangan awam tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah bonus kakitangan awam dalam bajet 2012 iaitu bonus dua bulan gaji, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

 Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam. Sumber : Cuepacs & Berita harian.

pixel Pembentangan bajet 2012 | Belanjawan 2012

Leave a Reply

Current day month ye@r *