wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

26 Feb

petua awet muda dalam islam

Author:lizz

petua awet muda dalam islam | petua awet muda cara islam

sejak beberapa minggu ni begitu bz penatttt  segala misi nak makan cara sihat tergendala mak…hehe yerla bila kerja banyak….otak serabut…maka…tension biler tension makanyer nak makan jer…nak makan musti nak makan yang segera mudah dan enak hehe… 2 ke 3 pinggan habis ditelan tampa penyesalan…macamana niee…

Tadi terbaca dalam FB tengtang petua awet muda ni…lelaju klik n baca sampai habis…n  ioolls  nak kongsi ngan uolls petua awet muda ni k …. jom kiter amalkan sesama untuk kita lebih  awek muda dan jadi super jelita kater ko… tiada kesang sampingan…hehe…

wajah awet muda petua awet muda dalam islam

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. – Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Sumber FB

pixel petua awet muda dalam islam

3 Responses to “petua awet muda dalam islam”

  1. lieyalatif says:

    selalu org suke folow petua2 tradisional kan lizz…tapi petua ikut islam pun ade sebenarnye….cume ramai yg tak tau jek ade….

    mudah jek pun nak ikut…tak yah nak cari bahan2 ke ape kan…..

    boleh le amalkan nanti nih…..

  2. Nora says:

    ada beberapa yang dah diamalkan… dan ada beberapa yang belum…. boleh la try nanti… thanks sharing…

  3. Anna says:

    nice sharing ^___^


Leave a Reply

Current day month ye@r *