wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

24 Dec

Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom

Author:lizz


sticky post Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom

Samsung Galaxy Tab 8.9™ eksklusif untuk pelanggan Celcom 

Sekarang ni dah banyak  gadget yang canggih-canggih tau..sentuh sana..sentuh sini..hehe..semuanya yang “touch” punya gadget…mummy tengah berfikir-fikir nak beli tablet baru, bukan mummy nak yang mahal-mahal sangat, tapi apa yang penting, boleh memenuhi kehendak dan kegunaan mummy seharian.

Dalam memilih tablet ni, banyak juga benda yang  mummy  kena fikirkan sebelum membelinya samaada sesuai atau tidak dengan keperluan dan kegunaan  contohnya nak menyimpan fail kerja, muzik, email, games rangkaian internet dan macam-macam lagi. Dalam memilih tablet saiz juga perlu dititik beratkan, ada sesetengah tablet tu terlalu besar, ada yang terlalu kecil mummy nak yang molek2 jer ngan mummy ala-ala comel gitu…mudah nak bawak  dan  senang nak pegang.

Selain tu rangkaian internet jugak perlu difikirkan  juga  yang rangkaian internetnya hanya melalui wifi sahaja susah gak kalau  wifi ajer nak pulak kena cari tempat yang ader wifikan…Sekarang ni pulak kita memang memerlukan rangkaian internet  dimana jua kita berada setiap masa dan setiap hari untuk berfacebook, email, bertwitter, game online  dan segala macam lagi….tak gitu…

6559982089 8d96e97879 z Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom

Gambar Samsung Galaxy Tab 8.9

Dalam mummy terfikir-fikir tablet maner yang menjadi pilihan hati tetiba munculnya Samsung Galaxy Tab 8.9 mummy memang betul-betul  tertarik dengan Samsung Galaxy Tab™ 8.9 wah memang betul-betul terpukau tau!  berkenan betul kena pulak dengan saiz  yang ngam-ngam ngan mummy ala-ala comel gitu dan Samsung Galaxy Tab™ 8.9 memang pilihan terbaik bagi mummy. Memang bagi mummy sangat bersesuaian dengan kehendak dan keperluan Mummy untuk terus berkomunikasi di internet untuk update blog,  simpan fail-fail blog muzik dan tak lupa games untuk anak-anak  mummy Uwais dan Qaysara..hehe …

Kini dengan tawaran dari Celcom adds a new member to the Tab family – the all-new Samsung Galaxy Tab™ 8.9 Mummy dapat sambungan rangkaian Video streaming terbaik dan terpantas dengan gadget saiznya  berpadanan dengan kehendak  untuk keperluan Mummy,  untung berganda tak ada masalah capaian internet lagi..suka sangat haha… 

Ini antara spesifikasi Samsung Galaxy Tab 8.9

6560056285 2f27c5c964 Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom

  • 2MP Kamera hadapan, 3MP Kamera belakang
  • Nipis dengan saiz 8.6mm
  • Ringan(453g)
  • 16GB memori simpanan
  • Menyokong Wi-Fi and 3G (berganda la ni..hehe)
Sekarang ni harga yang ditawarkan dipasaran selalunya dalam lingkungan RM1699 (RRP: RM1,699) tetapi dengan plan Celcom anda mampu mendapatkan Samsung Galaxy Tab 8.9  dari hanya serendah RM1288.
6560216761 b89395a3a6 z Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom
Kenapa perlu memilih Celcom?
  • Celcom adalah syarikat rangkaian telekomunikasi terluas di Malaysia dan telah memenangi anugerah Frost & Sullivan’s sebagai pembekal jalur lebar Internet terbaik selama 2 tahun berturut-turut.
  • Rangkaian internet Celcom terluas di seluruh Malaysia baik indoor atau outdoor dan juga untuk broadband mudah alih..senang nak bergerakkan?..hehe
  • Capaian Video streaming yang berkualiti, pantas, terluas dan stabil.
Jadi jangan tunggu lagi!  Celcom ada kesemuanya yang dapat  memenuhi kehendak kita  semua….
Selain daripada itu,Celcom juga menawarkan pakej Samsung Galaxy Tab (7”)  serendah RM668, dan  Samsung Galaxy Tab 10.1 serendah RM1,468.
Jadi..tunggu apa lagi..?Celcom ada kesemuanya…Tepuk dada tanya selera..hehe

untuk maklumat lanjut sila layari www.celcom.com.my/smartphones untuk lebih pilihan Samsung Galaxy Tab yang bersesuaian dengan anda…jom tengok jom..

pixel Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom

6 Responses to “Samsung Galaxy Tab 8.9 ™ eksklusif untuk pelanggan Celcom”

  1. fik says:

    best gak ni….duit2..dimana kau duit..hhahah

  2. acap says:

    bila simpan2 duit dah cukup…keluar yang baru plak..harga pun baru hahaha

  3. daddy says:

    haha..betul gak tu acap…hahaha

  4. kak ieda says:

    huhuhu x merasa lah akak nie

  5. nenscollection says:

    org skang tukar tepon macam tukar baju dh..hehe

  6. daddy says:

    x bleh dapat free ker?huhuhu


Leave a Reply

Current day month ye@r *