wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

11 May

Selamat Hari Ibu | ucapan selamat hari ibu

Author:lizz

 

mak Selamat Hari Ibu | ucapan selamat hari ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu tak kira siapapun uolls   yang  bergelar ibu, mama, umi,  mak, ma, mummy dan apa saja gelarannya…

UCAPAN UNTUK MAK  ….

Saya  sayang mak….Terima kasih mak kerana sudi melahirkan,  menjaga saya memberi kasih sayang , menyanyikan lagu-lagu indah untuk untuk saya  tidur  , memberikan susu lemak manis yang tiada tandingannnya . mak adalah superwoman saya,  yang boleh buat apa saja yang saya inginkan, mak adalah insan yang paling saya kagumi seorang yang cantik macam ratu yang amat menjaga kesihatannya dan senantiasa cergas.  mak akan jadi doktor sepenuh masa apabila saya sakit atau demam dia menuamkan badan saya dan  akan menyediakan ubat untuk saya, dia yang berjaga malam jaga  kesihatan saya sehingga saya pulih sihat seperti sediakala.

Mak akan peluk saya ketika saya sedih dan mak akan bimbang jika saya ada tanda-tanda tak  sihat kalau saya terbatuk atau nak selsema  dia akan cakap kamu  tak makan sayur dan buah2 an yang cukup dan dia  akan paksa saya makan sayur atau buah untuk lebih sihat katanya…itulah mak saya..tiap2 hari mak berpesan apabila keluar dari rumah untuk  bermain, kesekolah atau mengaji supaya jangan melayan orang yang kita tak kenal…saya paham mak dah banyak kali mak pesan…mak akan cakap kepada saya…biar mak penat berpesan supaya kamu ingat …mak juga sentiasa berpesan supaya menghormati orang yang lebih tua dan jangan sesekali menyampuk apabila mak atau ayah bercakap….mak sentiasa bercakap lembut dengan saya dan akan bertukar menjadi suara garang seperti singa kalau marah jika saya melawan atau tidak mendengar kata. itulah memori kecik-kecik dulu…best….

Sekarang saya dah besar mak dah semakin tua dia tetap sama anggap saya ni kecik lagi kalo dia marah dia akan tetap jegilkan dan berleter leteran tu lah yang buat saya ingat dan sentiasa rindukan mak…sampai sekarang pun kalo saya lewat solat dia akan bising…oh sayang kamu mak…mak adalah ayah saya setelah ayah tak der tempat saya bergantung tempat mengadu dan tempat bermanja…setiap kali balik rumah mak mesti nak baring-baring dan tdo celah ketiak mak…rindu mak….sangat-sangat

Mak umpama sinar cahaya  sang suria  yang memancar didunia yang gelap gelita maklah segala bagi saya.  saya sayangkan mak ….saya akan jadi ibu seperti mak  dan menjaga anak2 saya seperti mak lakukan kepada saya….SELAMAT HARI IBU MAK : CIK PUAN HASNAH MUSA..

ECARD HARI IBU Selamat Hari Ibu | ucapan selamat hari ibu

Selamat Hari Ibu semua…

Ibu anugerah terindah dalam hidup. Tanpa ibu tak mungkin kita ada di dunia ini. Pengorbanan ibu tiada tolak bandingnya. Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. 

pixel Selamat Hari Ibu | ucapan selamat hari ibu

5 Responses to “Selamat Hari Ibu | ucapan selamat hari ibu”

  1. mamyharraz says:

    selamat hari ibu utk lizz :)

  2. IntaNBerliaN says:

    sedih plak sy baca.. samala.. mak saya pun anggap sy ni macam kecik lg… tapi tu semua buat sy rindu.. :-)

    selamat hari ibu gak utk lizz :-)

  3. ummiross says:

    Selamat hari ibu buat lizz dan semua ibu2.

  4. Nora says:

    selamat hari ibu lizz..

  5. Mp says:

    Slamat hari ibu lizz….


Leave a Reply

Current day month ye@r *