wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

24 Jan

Selamat menyambut maulidur Rasul

Author:lizz

 * Selamat menyambut maulidur Rasul semua…

Hari ni cuti…suke2…saya amik cuti langsam sampai ke hari isnin ko…nak balik kampung tanam jagung hehe….bulan Januari ni ai dah amik cuti dah seminggu…huhu…bulan depan takleh cuti dah ni…

hari ni uolls semua pi maner…iollsss hari ni membusy kemas barang balik kampung macam nak balik sebulan padahal nak balik 4 hari jer…penat …petang ni kang baru nak balik…ok selamat bercuti ….

maulidur rasul khat Selamat menyambut maulidur Rasul

sempena menyambut Maulidul rasul ni saya nak kongsi sikit info mengenai Nabi Muhammad saw…yang saya baca semalam…sebab nak cerita kat uwais pasal nabi kita sempena hari keputeran nabi muhammad saw..bagus sangat untuk kiter sebenarnyer bukan aper bila baca sekurangnyer dapatla refresh balikkan…

  • Muhammad bin Abdullah dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabiul awal ,Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan arab Quraisy.
  • Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah.
  • Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya .
  • Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muttalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
  • 7 hari setelah ibunya Aminah binti Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Muttalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukuran dan menamakannya Muhammad yang bererti “orang yang terpuji”.
  • Sewaktu bayi ,Nabi Muhammad saw telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.
  • Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
  • Baginda dibesarkan di kawasan pendalaman/desa kerana udara desa yang nyaman dan bersih sesuai untuk kesihatan ,pembesaran mental dan fizikal serta tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik dan dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha)
  • Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.
  • Hikmah di sebalik mengembala kambing ini telah mendidik jiwa baginda bersifat sabar,tabah,rendah diri, kasih sayang sesama makhluk dan suka tolong menolong.
  • Ketika berusia 6 tahun, ibunya meninggal dunia di Madinah semasa menziarah makam suaminya.Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.
  • Ketika berusia 8 tahun, datuknya pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.
  • Baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak.
  • Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.
  • Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.
  • Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
  • Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).
  • Ketika beruia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid. Baginda memperniagakan barang dagangannya ke Syam , dan memperolehi keuntungan yang banyak.
  • Kemuliaan peribadi, kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan menyebabkan Baginda telah menarik hati saidatina Khadijah dan melamar baginda dan seterusya berkahwin.
  • Baginda dikurniakan 6 cahaya mata anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah, tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.
  • Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.
  • Seorang lagi anak baginda hasil perkahwinannya dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.
  • Ketika berusia 40 tahun baginda dilantik menjadi rasul .Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5.
  • Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
  • Baginda wafat ketika usianya 63 tahun ,setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah).

Sumber

 

Selamat menyambut maulidur Rasul kpd semua muslimin dan muslimat moga SAW menjadi uswatun hasanah kpd kite semua…. Amien..

pixel Selamat menyambut maulidur Rasul

3 Responses to “Selamat menyambut maulidur Rasul”

  1. nens says:

    thanks 4 sharing kak..kdg2 dh th..tp x sumenyer igt..kalo org review balik..skali igt..gitu la..hehe

  2. ajumohit says:

    salam maulidur rasul, tq for sharing lizz

  3. lieyalatif says:

    ermmm patut le lizz senyap jek….cuti sakan rupenye….mesti sonok ni cuti panjang kat kampung….enjoy ur holiday dear….take care okeh


Leave a Reply

Current day month ye@r *