Semak arah kiblat yang betul hari ini | fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah
Peluang Semak arah kiblat yang betul hari ini | fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah | menyemak arah kiblat yang betul | Semak Arah Kiblat
Hari ini merupakan hari istimewa untuk umat Islam dimana kita yang beragama islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang ini (waktu Malaysia) ini merupakan fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah iaitu Matahari Tegak Di Atas Kaabah.
Jom kita semua semak Arah kiblat Hari ni…
Info fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah
Umat Islam di negara ini berpeluang menyemak arah kiblat yang betul pada pukul 5.16 petang Isnin (waktu Malaysia) berikutan fenomena Istiwa’ Matahari di atas Ka’abah, iaitu matahari akan berada tegak di atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah. Laman Facebook milik Observatori Negara Langkawi (NOL), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, memberikan pautan www.falak-online.net yang menyebut matahari akan berada tepat di atas Kaabah dua kali setahun iaitu pada 5.16 petang 28 Mei dan juga pukul 5.28 petang 16 Julai. Di Makkah, Arab Saudi, ia berlaku pada 12.16 tengah hari 28 Mei dan 12.28 tengah hari pada 16 Julai. Laman sesawang itu juga memaklumkan cara menyemak arah kiblat iaitu dengan memacak kayu atau pancang di atas tanah yang tidak dilindungi sebarang pokok atau bangunan supaya bayang kayu yang dipacakkan itu dapat dilihat dengan jelas. “Apabila tepat masanya, pastikan bayang-bayang yang ada jelas dan tidak dilindungi. Kemudian buat garisan bayang-bayang itu ke arah matahari supaya mendapat arah kiblat yang tepat, Insya Allah,” menurut laman itu. BERNAMA

ilmu baru..
tenkiu for sharing..sama2 kt bramal
Salam, lamernye x dtg cni, bz sgt….sis, nk mintak tlg sis nie, bleh x sis tlg komen kat http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang tulisan jawi yg nk pupus. Komen hanya digunakan utk pembelajaran sbb lecturer sye nk tgk pendot blogger, thanx ek….
lieya ade bace kat fb jugak pasal nie…..
subahnallah kejadian Allah …..Allah maha besar…
ohh..saya xth ni..
ilmu baru ni..;)