wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

23 Oct

Supertots di TV3 | Sinopsis Supertots

Author:lizz

 Supertots di TV3 |  Sinopsis Supertots

6269180729 abf96c8621  Supertots di TV3 | Sinopsis SupertotsWah ader lagi citer kartun baru mesti abang uwais suka ni….Kartun Animasi 3D Supertots di TV3 yang merupakan merupakan hasil  karya terbaru anak tempatan Malaysia yang akan menjadi ikon selepas Upin Ipin dan BoBoiBoy.

siri kartun Supertots  ini merupakan siri kartun dalam bahasa Inggeris dan ianya  memberikan kelainan berbanding Upin Ipin dan BoBoiBoy, Supertots  memaparkan tentang pengembaraan di angkasa lepas dengan bertemakan ‘Imagine. Explore. Discover’.

kartun Supertots  dimulakan pada tahun 2008 dan telah menerokai pasaran antarabangsa dan ianya mendapat sambutan  yang memberangsangkan daripada stesen-stesen penyiar di seluruh dunia. Selain di negara ini, siri tersebut  juga berjaya menembusi pasaran Brunei, Sweden dan Sepanyol

Sinopsis Supertots 

Supertots mengisahkan tentang sekumpulan penjaga keamanan yang terdiri daripada lima orang adiwira iaitu Captain Danny, Elly, Alan, Blinq dan Sasha yang bertugas sebagai pegawai Superfleet dalam mengawasi galaksi dan dibantu oleh Atoq, sebuah sistem komputer penjaga yang pelupa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Netcarbon Sdn Bhd, Mohd Rashdan Ramlee  idea untuk menghasilkan kartun ini tercetus daripada tiga orang anaknya Danny, Elly dan Alan di mana nama-nama mereka turut diserap menjadi watak-watak hero cilik dalam animasi ini. Anak-anak saya iaitu Danny, Elly dan Alan menjadi inspirasi saya untuk menerbitkan kartun Supertots ini.

Beliau  jadikan karakter anak-anaknya untuk diserap dalam kartun Supertots.  ceritanya Supertots  berkonsepkan angkasa lepas bagi memberikan kelainan kepada Upin Ipin yang lebih berlatarkan kampung manakala BoBoiBoy kehidupan di bandar,” ujarnya lagi.

kartun Supertots akan dihasilkan dalam  versi Bahasa Malaysia yang akan disiarkan selepas versi Bahasa Inggeris selesai. kartun Supertots  dihasilkan dalam  versi Bahasa  Inggeris terlebih dahulu kerana mempunyai sasaran untuk dibawa keluar negara.

Supertots  Siri 13 episod ini sedang ditayangkan di TV3 pada setiap Sabtu, pukul 9 pagi mulai 15 Oktober lalu.

Siri animasi Supertots  ini juga telah mendapat anugerah Animasi Terbaik daripada Anugerah ICT NEF-AWANI pada tahun lalu.

pixel  Supertots di TV3 | Sinopsis Supertots

Leave a Reply

Current day month ye@r *