Wow it’s So Cute

Facebook Like

google

Posts Tagged ‘khasiat buah kurma di bulan ramadhan dan tips memilih buah kurma’

Salam uolls semua…

Memandangkan bulan ramadhan  dah dekatkan kat sini saya nak kongsikan khasiat buah kurma kepada kita didalam bulan puasa ni…

uolls suka makan buah kurma ker idok…mesti suka kan kan…

eh saya memang suka sangat kot makan buah kurma siap ader stok dalam peti ais…

Cuma abang jer yang tak berapa nak makan kurma…

adik tak yah cakaplakan kalo dibiorkan mau diangkutnyer makan kat bilik…belengas2 segalakan…sabar jerla…

KEINDAHAN Ramadan ni…tak  lengkap rasanyer tanpa buah kurma sebagai hidangan wajib berbuka kiterkan.

Kurma ni kalo nak puasa macam-macam jenis ader  tak hairanlah, di mana-mana saja – baik di pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kat tempat saya ni kedai jahit pun ader  jual kurma hehe…member opis pun ader buat bisnes jual kurma toksah jalan jauh-jauh tinggal pilih dan oder jek yang maner nak…

5980463968 893d55c489 khasiat buah kurma di bulan ramadhan dan tips memilih buah kurma

 Khasiat buah kurma

Kurma atau tamar  mempunyai khasiat yang tiada bandingan…sebab tu  kita disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma… Biar  walau  sekadar dua atau tiga biji yang kita makan kurma tu dalam  banyak-banyak juadah yang terhidang  tapi dengan adanyer hidangan kurma ni membawa kepada keberkatan yang bukan sedikit kerana kurma turut  jadi pilihan nabi kita  Nabi Muhammad SAW untuk berbuka.

Kita disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. manfaat buah kurma di bulan puasa ini ia memberi  tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Khasiat Buah kurma ni bukan saja sangat kaya dengan zat galian dan vitamin tapi ia juga mengandungi  n  kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

kurma adalah jualan wajib yang pasti mendapat sambutan hangat gitu sempena ramadhan. Namun, tak semua kurma yang tu   berkualiti . Bagaimana kita tahu, mana kurma yang baik, dan mana yang kurang baik?

Jom kita ikuti  tips memilih buah kurma yang baik dan elok :

  • Pilih kurma yang kulit luarnya kering dan isinya tebal.
  • Pilih kurma yang tua atau matang , tanda buah kurma yang matang, isinya mudah dilepaskan dari bijinya.
  • Pilih kurma yang  bertekstur buahnya lunak namun ranum, seperti tekstur manisan buah basah.
  • Selaput buah kurma luarnya atau kulit  tidak rosak. Tidak meleket leket apabila dipegang…itu tandanya kurma tersebut terlebih kandungan gula atau madu…
  • Pilih kurma yang Warnanya  coklat-merah-kekuningan.
  • Bentuk buah kurma  besar, bukan kecil-kecil.
  • Buah kurma dibungkus dengan kemas dan baik. bukan dalam longgokan kerana ianya terdedah kepada debu-debu, pasir yang menjejaskan kualiti buah kurma.

*saya tak beraper gemar kurma  yang kering sangat tu suka yang lembik sikit dan tak manis sangat…kalo manis sangat tu mau pening lepas makan…tapi yang paling best kurma najwa atau kurma nabi tu… mahal sikit tapi berbaloi tau…. kurma tu memang paling sedap…

Kurma Ajwa

Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.

khasiat Kurma nabi  (kurma Ajwa)

Kurma Ajwa adalah kurma Kegemaran Rasulullah kerana ia  menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.

 

pixel khasiat buah kurma di bulan ramadhan dan tips memilih buah kurma