wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

6 Aug

Tanda-tanda malam lailatul qadar

Author:lizz

Tanda-tanda malam lailatul qadar | malam lailatul qadar 2012 

Malam Lailatul Qadar Tanda tanda malam lailatul qadar

Hari ni dah 17 hari kita berpuasa dah pertengahan ramadhan dah pun kan….rasa sekejap jer masa berlalu kan…bila menjelang hujung-hujung ramadhan ni malam yang dinanti iaitu malam lailatul qadar, 10 hari terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan iaitu  malam lailatul qadar yang dikatakan  malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Teringat kecik-kecik dulu biler gi sembahyang terawih mak borak-borak ngan kawan2 dier time tu waktu moreh cerita pasal malam lailatul qadar ni tak kurang cikgu mengaji pun duk cerita sama…setiap malam sebelum tidur mak pesan suruh baca quran banyak2  dan banyakkan doa hujung-hujung ramadhan ni….insyaalah doa dimakbulkan…… kawan-kawan pun duk ceriter gak pasal malam lailatul Qadar ni…ader sorang member yang mulut banyakkan…. aah sibuk la kater kat saya kalau rumah ko ader gambar binatang ker…  kartun  ker….jangan harapla umah ko.. malaikat nak masuk….. lepas tu muka saya ilek2  jer…. tapi biler balik umah  cepat2 saya cabut semua gambar-gambar kartun kat umah yang saya lukis dan tempek kat dinding umah tu…semangat tau kecik2 dulu nak sangat nak merasa malam laiklatul qadar ni….time tu duk terbayang malam lailatul qadar tu mungkin kita nampak kuda putih bersayap bagaikan macam  alam magis lakan tapi itu semua kecikkan verangan tah hape2 sekang biler dah besar panjang gini baru la paham semua tu kan…

kat sini saya nak kongsikan sedikit mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar…. hari tu ader baca kat email untuk kita hayati bersama….

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah

 Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:

  • Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
  • Pada malam Lailatul Qadar  Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
  • Pada malam Lailatul Qadar  juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
  • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
  • Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.”

Pada malam  Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

pixel Tanda tanda malam lailatul qadar

5 Responses to “Tanda-tanda malam lailatul qadar”

  1. IntaNBerliaN says:

    moga kita semua dapat merebut mlm lailatulqadar ni…

  2. lieya_latif says:

    iye laaa…masing2 dok cite pasal tukar duit raye, kuih raye, baju raye…terlupa pasal malam berkat lailatulqadar nieh…thanks dear sebab ingatkan…moga kite insan terpilih untuk menikmatinya….

  3. aanie says:

    semoga kita bertemu dgn malam lailatul qadar……amin….

  4. BSB says:

    mari ler kita sama2 mencari mlm lailatul qadar..inysaallah

  5. sensasi2020 says:

    Insya Allah akan bertemu dgn malam lailatulqadar, jika 10 malam terakhir tidak dipersia-siakan, buat amalan yang disukai oleh Rasulullah serta Allah Taala.


Leave a Reply

Current day month ye@r *