wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

24 Jul

Tanda-tanda malam lailatul qadar

Author:lizz

  

Tanda-tanda malam lailatul qadar | malam lailatul qadar 2013

Malam Lailatul Qadar Tanda tanda malam lailatul qadar

Hari ni dah 15 hari kita berpuasa dah pertengahan ramadhan dah pun kan….rasa sekejap jer masa berlalu kan…bila menjelang hujung-hujung ramadhan ni malam yang dinanti iaitu malam lailatul qadar, 10 hari terakhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan iaitu  malam lailatul qadar yang dikatakan  malam yang lebih baik dari seribu bulan..

Teringat kecik-kecik dulu suka sangat ikut mak gi semayang terawih…bukan aper seronok lepas solat bole memain ngan kenkawan…lepas tu makan2 huhu (moreh)…suka betul time tu…zaman kecik-kecik memang saya ni kuat makan…nak -nak time tu ader bubur lambuk takpun puteri mandi memang ngadap makanan sampai mak eleng kepala…lepas tu dia jegil2 kan mater ha dah paham maksudyer kena stop la tu…kalo takkan memang kena penyubit paling bisa kat peha hehe…

 ♥¸¸:•*´¯*✿  ✿*´¯`*:¸¸♥

kat sini saya nak kongsikan sedikit mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar…. hari tu ader baca kat email untuk kita hayati bersama….

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah

Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah:

  • Lailatul Qadar adalah Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;
  • Pada malam Lailatul Qadar  Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;
  • Pada malam Lailatul Qadar  juga Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;
  • Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang
  • Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku.”

Pada malam  Lailatul Qadar ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.

pixel Tanda tanda malam lailatul qadar

3 Responses to “Tanda-tanda malam lailatul qadar”

  1. rasa macam sekejap je masa berlalu..teringin nak rasa malam lailatul qadar

  2. dana says:

    ternnti2 bile lah dpt jmpa ngn mlm tuh… teringat ntah thn bile akak berpuasa sorang2 masa tu sbb edy msh keje kt kuala terengganu, 1 pagi tu dlm kul3lbh akak bangun nk ke toilet tp pelik sbb pagi tu sunyi sgt2, selalu time2 tuh ada je bunyi anjing la or serangga lain… tp mlm tu sunyi tenang je… bulan pun memancar cantik… terpikir2 itu mlm lailatul qadar ke, sampai time sahur pun rasa mcm lain je

    sampai skrg bile tunggu2 tak dpt rasa saat2 mcm tu

  3. rasp says:

    how time flies….
    hehehehe memang tersenyum kan sis bila terkenang kisah kita kecil2 dulu :)

    marilah kita bersama-sama beribadah dan semoga kita memperoleh nikmatNya….