wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

10 Aug

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012

Author:lizz

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012 | tarikh & tempat  lihat anak bulan syawal 2012 

Salam semua…dah tak lama lagi kita nak sambut Hari raya kan hari ni dah 21 hari dah puasa…ermm seronak sangat nak nunggu balik kampung biler dengar lagu hari raya berkumandang syahdu betu…l tetiber teringat mak kat kampung heee…dah besar pun ngader….abang Uwais asyik tanyer jer biler nak balik kampung dah tak sabar la tu….padahal maknyer pun samerkan….nanti yer Uwais kita puasa dulu bagi habiskan..

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab. ”Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa 2012 yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

Tempat melihat anak bulan syawal 2012

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat melihat anak bulan syawal  yang lain iaitu  ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – BERNAMA

pixel Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012

3 Responses to “Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012”

  1. lieya_latif says:

    tu la lizz, pejam celik pejam celik dah nak sebulan kite puase…..minggu depan masing2 busy balik kampung lah…..

    ingat lagi, mase kecik2, mase pengumuman raye ni, kemain dok depan tv…umum jek raye kemain melonjak masing2 heeheheh…skrang ni tgk peel anak2 plak melonjak hepi….

  2. wahida says:

    sedihnya…Ramadhan nak berlalu pergi…huhu..

  3. nenscollection says:

    huhu..seronok ade sedih pon ade nk tgglkan ramadhan..hope next year dpt jumpa lg ramadhan ni..aminnn n insyaallah..;)


Leave a Reply

Current day month ye@r *