wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

10 Apr

Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 (Ahad 5.5.2013)

Author:lizz

Segala teka-teki tarikh mengundi dah terjawab tarikh Mengundi PRU13 ialah (Ahad 5.5.2013)  manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tadi.. dan Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Tak sabar nak mengundi kan…meriah betul rasernyer mengundi tahun ni…tetibe…

saya mengundi di Pahang hubby pulak kat Puchong…nanti boleh balik kampung…

 Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 (Ahad 5.5.2013)

Info Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 5.5.2013(Ahad)

  • Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 5.5.2013(Ahad)
  • Tarikh Mengundi :awal: 30 April 2013(Selasa)
  • Tarikh Mengundi : 5.5.2013(Ahad)
  • Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
  • Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
  • Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
  • Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 Aprildan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
  • Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
  • Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).
  • Abdul Aziz berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
  • Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.
  • Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.
pixel Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 (Ahad 5.5.2013)

4 Responses to “Tarikh Penamaan Calon Dan Tarikh Mengundi PRU13 (Ahad 5.5.2013)”

  1. cma says:

    Salam Lizz..
    Hihi..cma pun x sabar nk mengundi gakz ni.. :P

  2. puan kutu says:

    selamat mengundi..sy dlm pantang tu,cmna nak ngundi?hiks..

  3. Nora Karim says:

    Mmg tak sabar nak mengundi… :)

  4. Myra Jay says:

    Jom kita mengundi :D


Leave a Reply

Current day month ye@r *