wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

6 Jun

terkini! Gambar ombak besar dipenang..menakutkan

Author:lizz

terkini! Gambar ombak besar dipenang..menakutkan 

Ombak Besar dipadang kota lama terkini! Gambar ombak besar dipenang..menakutkan Baru jer tau.. pasal pasal ombak besar  telah melanda  persisir pantai Padang Kota Lama penang..tinggi betul ombaknyer  Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora. ngerikan…

Info  Ombak besar dipenang 

Ombak besar  dan kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter telah  melanda pantai sekitar Pulau Pinang  petang tadi..Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

 Seorang penduduk, Tan Eng Kee, 67, berkata air memasuk rumahnya sehingga paras buku lali dan menyebabakan halaman rumahnya berbecak.Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak 20 tahun lepas dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas.

Ombak besar  di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.

Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak Selasa.

Namun aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa. Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian Ombak besar  adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.

Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.

“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda..sumber bernama.


pixel terkini! Gambar ombak besar dipenang..menakutkan

2 Responses to “terkini! Gambar ombak besar dipenang..menakutkan”

  1. IntaNBerliaN says:

    Ya Allah Ya Tuhanku… saya pun baru tau ni.. dasyatnya..

  2. atiesygkamu says:

    assalam mummy cute..
    iskk…..baru tahu neh….tinggi jugak tu…moga kite terlindung dari bencana2 besar yea…


Leave a Reply

Current day month ye@r *