wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

24 Jun

Tip dan info jerebu terkini | Tip ketika jerebu

Author:lizz

ni saya nak kongsi ngan uolls Tip dan info pasal jerebu memandangkan sekarang ni musim jerebu..sama-sama la kiter jaga kesihatan memasing…

Tip semasa Jerebu

•semasa jerebu kita perlu mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
• Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung
dan mulut (mask) jenis 3 ply emasa jerebu..
• Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
• Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
• Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
• Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar

kesan akibat jerebu :

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Memburukkan keadaan penyakit kronik yang dihidapi seperti:
• Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
• Asma
• Radang paru-paru
• Sakit jantung
• Sakit tekak
• Sakit mata
• Batuk
• Selesema

Indeks Pencemaran Udara (IPU) jerebu

kita  perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu terkini di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – Iangkah pencegahan.

Nilai IPU

Status
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya

untuk info

Tips dan Panduan Kesihatan Ketika Jerebu

klik: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php

pixel Tip dan info jerebu terkini  | Tip ketika  jerebu

Leave a Reply

Current day month ye@r *