tip diet yang berkesan | diet untuk umur 30 tahun
tip diet yang berkesan | diet di usia 30 tahun
amboi tajukkan…
Pepagi ni lepas anta anak2 sekolah…dan berpeluh2 lagi lepas senaman pagi diopis *kemain takder la berpeluh pun….sementara nak refresh semua deria segala saya belek magazine yang agak berabuk atas meja kerja ni…beli magazine asik belek jer bacer nyer belum…hehe..
hari ni baru rajin sebelum mulakan kerja ambil masa makan baca magazine sebabnyer saya berpuasa…harap-harap berjaya sampai kepetang….hehe
Info ni saya nak kongsikan pada kenkawan semua untuk dipraktikkan untuk usia 30 tahun yang rasa2 nak diet kan……
Diet sehat sebenarnya merangkumi makanan seperti sayuran hijau, buah-buahan, sereal, biji-bijian, dan kekacang . Kekadang kan kita konpius nak amik makanan jenis aper x tau makanan yang kita amik tu aper khasiat dier dan kita main taram jer yer dak….
Namun di usia 30 tahun ni kita kena ambik makanan yang kaya dengan vitamin dan protein ..makanan yang mengandungi vitamin dan protein memang penting untuk lawan penyakit, menjaga kesuburan dan kesihatan badan kita…
1.Makanan yang kaya dengan Zat besi
Setiap bulan kita golongan wanita kehilangan zat besi dari badan kerana period (mentruasi). Kekurangan zat besi menyebabkan badan kita lemah dan mengurangi pembentukan darah dalam tubuh. Makanan yang kaya akan zat besi juga mampu mencegah anemia, rambut gugur, dan sakit kepala.
Buah prune, bayam, asparagus, dan kekacang mengandungi banyak zat besi. Hati dan ikan tuna juga merupakan sumber makanan kaya zat besi.
2. Buah-buahan
Buah-buahan mentah dan segar memberikan nutrisi yang cukup untuk wanita usia 30-an. diusia ni Zat besi dan kalsium adalah nutrisi paling penting bagi kita. makanlah betik , strawberi, buah zaitun dan cranberry dalam menu harian kita..
3. Kalsium
Tubuh kita hanya menyerap kalsium dengan baik ketika usia 10 sampai 20 tahun, dan apabila usia 30 tahun akan terjadi penyusutan tulang..untuk mengelakkan kekurangan kalsium pilihla produk dari susu (keju yogurt) rendah lemak, bayam, ikan salmon, telur, gandum yang kaya dengan kalsium. protein dari haiwan boleh menyerap kalsium dalam badan dan kurangkan pengambilannya…gantikan dengan tauhu, bijian dan brokoli..
4. Kalsium
Kurangkan Pengambilan kalestrol jahat….kita perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu… Lemak ni dapat lindungi kita dari penyakit jantung, menurunkan kadar gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.
Lemak sihat ini juga dapat meningkatkan pembentukan sel darah merah dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh kita.
almond, oatmeal, pasta, roti , minyak zaitun, minyak jagung dan biji labu adalah sumber lemak yang sihat…
Info
Untuk menjaga bentuk badan yang ideal kita perlu mengambil makanan tinggi protein ketika sarapan, makan tengahari, dan makan malamdan gabungkan dengan senaman secara rutin untuk meningkatkan metabolisme badan. lebihkan sayuran dengan nutrisi yang lain
