wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

13 Jul

10 TIP UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP

Author:lizz

♥¸¸:•*´¯*✿ 10 TIP UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP ✿*´¯`*:¸¸♥

1. kita hendaklah selalu bercakap dengan anak  kita. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi kita jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak  akan mampu meniru apa yang kita ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati kita bila anak sudah pandai meniru percakapan kita.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila kita  mahu menerangkan sesuatu kepada anak kita, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak  berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka kita  semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak   kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini kita  memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. kita mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, kita  mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang kita  rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak kita.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak  mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

sumber FB

jom sesama-sama kita praktikkan…

pixel 10 TIP UNTUK AJAR ANAK CEPAT BERCAKAP

Leave a Reply

Current day month ye@r *