wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

29 Jul

Tips Memilih Buah Kurma

Author:lizz

Tips Memilih Buah Kurma

5980463968 893d55c489 Tips Memilih Buah Kurma

Kurma merupakan buah yang paling popular dikalangan umat islam dinegara kita  terutamanya apabila menjelang Ramadhan. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang tiada bandingan…oleh itu kita disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma… Biarpun sekadar dua atau tiga biji, kehadirannya di celah pelbagai juadah, membawa keberkatan yang bukan sedikit kerana kurma turut menjadi pilihan Nabi Muhammad SAW untuk berbuka.

Buah kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

KEINDAHAN Ramadan seolah-olah tidak lengkap tanpa buah tamar atau kurma sebagai hidangan wajib berbuka puasa. Tidak hairanlah, di mana-mana saja – baik di pasar raya besar mahu pun gerai di kaki lima, kurma adalah jualan wajib yang pasti mendapat sambutan sempena ramadhan. Namun, tidak semua kurma yang dijual  di pasar2  berkualiti . Bagaimana kita tahu, mana kurma yang baik, dan mana yang kurang baik? Berikut adalah  tips memilih buah kurma yang baik:

  • Pilih kurma yang kulit luarnya kering dan isinya tebal.
  • Pilih kurma yang tua atau matang , tanda buah kurma a yang matang, isinya mudah dilepaskan dari bijinya.
  • Pilih kurma yang  bertekstur buahnya lunak namun ranum, seperti tekstur manisan buah basah.
  • Selaput buah kurma luarnya atau kulit  tidak rosak. Tidak meleket leket apabila dipegang…itu tandanya kurma tersebut terlebih kandungan gula atau madu…
  • Pilih kurma yang Warnanya  coklat-merah-kekuningan.
  • Bentuk buah kurma  besar, bukan kecil-kecil.
  • Buah kurma dibungkus dengan kemas dan baik. bukan dalam longgokan kerana ianya terdedah kepada debu-debu, pasir yang menjejaskan kualiti buah kurma.
pixel Tips Memilih Buah Kurma

3 Responses to “Tips Memilih Buah Kurma”

  1. kak ieda says:

    aloor dikkk stok kurma x der layie :) )

  2. shida says:

    ho3~~
    belom beli kurma lagi..
    trimas atas info ni..sgt berguna..:)

  3. daddy says:

    sedapnya kurma…


Leave a Reply

Current day month ye@r *