wow its so cute

jom shopping hijab pin

Facebook Like

google

11 Oct

Uwais Al-qarni dah 4 tahun{entry khas untuk abang}

Author:lizz

Sedar- x sedar dah 4 tahun anak bujang mummy ni…tanggal 23.9.2010, alkisahnya bermula la cerita sianak teruna dah 4 tahun yang sangat suka dengan Ultraman , batman, spiderman tapi sejak akhir2 ni sedang berjinak-jinak dengan kamen rider(ini melambangkan abang seorang lelaki yang sejati dan kuat)  Cartoon Network tu toksah cakap la tu makanan dier tengok sampai tak berkelip panggil pun wat x dengar kalo tgk tv jangan harap orang lain boleh ngadap tv tu lepas dier…dier…

Abang Uwais ni orang nya  sensitip hobi suka kacau adik, menyonteng kerja utama…suka lukis ultraman yang jadinyer macam basikal…makanan ruji nasi ngan telur..suka menyantap apa saja yang namanyer coklat semuanyer dia santap tak kira la aper janji coklat…tak suka makan gula2  tak kira la gula2 apa semua x makan ..tapi kalau bagi koko crunch satu kotak ditelan dengan jayanya …makan aiskrim kegiatan utama dimasa lapang ketika shopping atau bersantai ditaman rumah..

Harini abang meniup lilin yang dulunya 3 bertukar 4 ini menunjukkan abang abang dah besar meningkat-ningkat..Abang happy menjilat krim cake coklat kegemaran sambil tersenyum manis  kini,  abang tahu apa itu pesta…. meraikannya,  rumah dihiasi dengan belon kuih muih, gula2 n jelly, makanan dimasak oleh daddy   dan  deretan hadiah dr kawan2 mummy n daddy…kini tersenyum…

Abang bintang terang mummy..abang umpama kelip-kelip sinari malam yang gelap..strawberi merah menyala diatas kek coklat ummmm macam x percaya anak teruna mummy membesar dan membesar.

Ketawa abang membahgiakan famili kita jeritan abang memang menusuk kalbu anak telinga.. bertambah syahdu jika berduet dengan adik Qaysara…memang berdengung anak telinga.

sekarang abang dah besar dah tahu apa itu larangan dan suruhan, sebab dan akibat dah tahu berlari mengikut rentak dan yang penting abang merupakan tenaga pengajar adik untuk menconteng dinding rumah, bermain air dengan pelbagai cara selagi mummy tak menjerit selagi tu aktiviti dijalankan…mengemas rumah mainan yang memang seperti eric lion…

dah panjang pulak celoteh kali ni..apa-apa pun mummy nak ucapkan sekali lagi Happy Birthday Abang Uwais…sayangggggggg mummy..

pixel Uwais Al qarni dah 4 tahun{entry khas untuk abang}

Leave a Reply

Current day month ye@r *